Lirik Lagu : Mengalir Ke Syurga - Simfoni feat Heliza Helmi
Judul Lagu : Mengalir Ke Syurga
Vocal : Simfoni dan Heliza Helmi
Ciptaan : Fedtri Yahya
Album : Imtiaz Simfoni
Dikala kita bergembira
Mereka di landa duka
Sengsara mereka masih belum terbela
Maruah mereka terus menerus di persenda
Pedulikah kita tentang nasib mereka
Adakah kita mahu melihat sahaja tanpa sekecil usaha
Bukan harta yang mereka pinta
Bukan nyawa mahupun senjata
Hanyalah setulus do'a yang mereka damba
Telah lama dibelenggu,
Gelap malam tak bercahaya,
Menangis dalam sendu yang terhiba.
Tangan kecil calar luka,
Gelora yang tak berhenti,
Menggapai mimpi sepi yang melara.
Bebanan yang ditanggung,
Sedih yang menggunung,
Deraikan air mata.
Insan hulurkan do'amu dalam tahajjud-Mu,
Curah rasa pada Maha Esa,
Damai yang kita damba moga dikabulkan,
Mengalir tenang hingga ke Syurga-Nya.
Hidup ini sementara,
Berbaktilah sepenuhnya,
Sekecil doa tetap kan bermakna.
Ayuh dzahirkan rasa perihatin kita
Semoga harapan dan do'a kita
Mengalir ke syurga

