Lirik Lagu : Syam'un Al Ghazi - Al-Manna
Judul Lagu : Syam'un Al Ghazi
Vocal : Al-Manna
Ciptaan : ITO Lara
Sahabat berkumpul di Ramadhan itu
Mendengar kisah dari Rasulallah
Riwayat seorang Nabi yang termasyhur
Syam'un Al Ghazi
Kegagahannya yang dicemburui
Kekuatannya melembutkan besi
Menghunus rahang unta liha jamal
Membunuh semua musuh yang menentang
Dikehebatan itu adalah mukjizat
Kelemahan pula ada di rambutnya
Memasuki syurga berseorang diri
Kerana dirinya sering dimusuhi
Hatta isterinya yang rakus haloba
Membantu musuh untuk memerangkapnya
Dengan tipu helah muslihat yang jahat
Akhirnya berjaya diikat dengan rambutnya yang panjang
Bila dia terjaga dari lena
Seutas tali mengikat dirinya
Dengan mudah dia meleraikannya
Terbukti kekuatannya
Esoknya dia terikat lagi
Dengan rantai yang lebih teguh dan kuat
Ikatan itu mudah juga lepaskan
Kecuali di ikat dengan helai rambutnya
Sajak :
Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini
Selagimana kita menyandarkan pengharapan pada Allah
Keajaiban akan menjelma seperti yang berlaku kepada
Syam'un Al Ghazi
Sehingga Allah memakbulkan segala permintaan baginda
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu
Di sisi Tuhannya tiada hijab
Kaki dan tangannya telah dipotong
Telinga dikerat dan bibir dihiris disayat
Kedua matanya ditikam dan dibutakan
Dia diperlakukan dengan kejam
Mengadu syam'un kepada Allah
Agar mendapat kekuatan semula
Dan memulihkan semua anggota
Yang terpisah dari badan
Lalu Allah memakbulkan doa
Terputuslah rambut yang mengikatinya
Robohlah istana menimpa raja
Rakyat serta isterinya
Setelah berakhir episod duka
Syam'un bertaubat menebus dosa
malam beribadah siang berpuasa
Sehingga ke akhir hayatnya
Dikalangan sahabat ada yang bertanya
Berapa banyakkah jumlah pahalanya
Dengan rasa terharu rasul pun berkata
Hanya Allah saja yang mengetahuinya
Malam lailatul qadar telah diwahyukan
Burulah kelebihan malam seribu bulan
Semoga mendapat pahala berganda
Seperti diraih Syam'un Al-Ghazi